Khamis, 25 November 2010

cerita dari seorang sahabat.sedih lilax

CERITA DARI SEORANG SAHABAT..

Semalam, saya menerima 1 lagi cerita @ kisah benar yang betul-betul membuatkan air mata saya meleleh keluar.

Saya menangis mungkin sebab membayangkan penulis adalah diri saya. Saya baca kisah ini sambil mengenangkan ibu saya yang disahkan menghidap kanser baru-baru ini. Aduhh…memang betul-betul membuatkan hati saya begitu tersentuh dan tak keruan…

Bacalah kisah di bawah ini dengan penuh penghayatan…

Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.

Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.

Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja. Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.

Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik. Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.

Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.

Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.

Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.

Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.

Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka. Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.

“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.

Akhirnya….“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”

Ibu tercinta pergi buat selamanya………

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.

~Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita..~

Isnin, 14 September 2009

Berani berenang bersama 10juta ubur-ubur?

Jangan bimbang,jutaan makhluk lembut itu tidak akan menyengat mangsanya kerana sudah tidak berbisa.justeru,pelawat-pelawat boleh berenang bersama ubur-ubur itu tanpa rasa takut.
10juta makhluk lutsinar ini hidup tenang dalam sebuah sebuah tasik air masin yang dikenali sebagai Ongeim'l Tketau.Lokasinya terletak di pulau Palau,iaitu 800kilometer ke timur Filipina dan 3,200kilometer ke selatan Tokyo,Jepun.
Pengalaman berada di tasik tersebut pastinya jauh berbeza kerana anda akan berasa seolah-olah sedang berenang di dalam 'sup jeli.Bagaimanapun,tasik terpelihara ini hanya membenarkan aktiviti snorkeling dan melarang sama skali aktiviti selaman skuba dijalankan.

Jumaat, 11 September 2009

dongeng yang menjadi kenyataan

Sebuah cerita dongeng mengisahkan seekor burung gagak yang kehausan mencari air telah menjadi kenyataan dalan satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang saintis di Universiti Cambridge,Christopher Bird.
Pada eksperimen itu,sebuah tabung yang mengandungi 6 inci air dan cacing diletakkan pada sekumpulan burung Rook.Ajaibnya,Eksperimen tersebut berhasil secara spontannya burung2 itu memasukkan batu sama seperti dalam cerita dongeng sebelum ini.
Justeru,berdasarkan eksperimen yang dibuat oleh Christopher itu telah membuka mata para saintis lain mempercayai burung gagak yang diceritakan dalam cerita dongeng sebenarnya burung Rook.ini kerana,sebelum diber nama Rook,burung ini dikenali sebagai gagak.

Selasa, 8 September 2009

kewujudan kanibalisme

-Pra sejarah
menurut teori yang dikemukakan oleh seorang pakar antropologi,Tim White(1950)menyatakan amalan kanibalisme telah wujud sejak zaman awal paleolitik lagi.berdasarkan kajian,teori ini telah dibuktikan melalui penemuan tulang-tulang manusia semasa zaman itu yang dibunuh dengan kejam akibat kekurangan makanan.
-Awal sejarah
pada zaman ini pula,kebanyakan maklumat mengenai amalan kanibalisme ini tidak menunjukkan bukti tepat kewujudannya.justeru,maklumat-maklumat mengenai amalan ini hanyalah berdasarkan cerita mulut ke mulut.
sebuah surat Against Jjovinianus Gereja St.Jerome pernah menceritakan satu puak di Brazil yang dikenali Atticoti,Massagratae dan Derbices telah membunuh orang-orang tua untuk dijadikan makanan
-Pertengahan sejarah
Pada abad ke 7,semasa peperangan antara umat islam dan kaum Quraisy telah menunjukkan amalan ini wujud pada ketika itu.Hamzah Bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima islam yang dibunuh seorang lelaki Habsyi yang bernama Wahsyi.dadanya telah ditebuk dan hatinya telah dimakan oleh Hindun iaitu isteri kepada komander tentera Quraisy Abu Sufyan.
Di Eropah pula,pada tahun 1315 hingga 1317 banyak populasi masyarakatnya yang menghadapi masalah kebuluran hingga menyebabkan mereka terpaksa membunuh sesama sendiri untuk dijadikan makanan.
seorang pakar antropologi dan juga penulis buku"Cannibal and Kings"Marvin Harris(1927-2001)mengemukakan satu teori dimana daging manusia merupakan salah satu diet bagi mempertingkatkan kadar protein dalam tubuh badan manusia dikalangan masyarakat Aztec.
Pun begitu,pakar-pakar sejarawan menyangkal teori tersebut dan berpendapat amalan kanibalisme adalah satu kepercayaan manusia yang mengamalkannya.
-Era Moden
Di era moden pula,amalan kanibalisme yang paling banyak direkodkan semasa Perang Dunia ke 2.pada tahun 1942,tentera Jerman mengalami kekalahan teruk semasa menentang tentera Rusia di Leningrad,Jerman telah mengalami kekalahan dan ditawan oleh tentera Rusia.
Pada masa itu,mereka akan makan apa saja seperti burung,tikus dan sebagainya.Bagaimanapun,makanan pada waktu itu tidak mencukupi menyebabkan berlaku pembunuhan sesama mereka untuk dijadikan makanan
Akhirnya pada tahun 1943,sejummlah 100,00o tentera Jerman yang ditawan itu dipindahkan kepenjara Siberia dan juga di Asia Tengah selepas kejadian menjadi semakin teruk

Isnin, 7 September 2009

sedu selama 880hari tanpa henti

tajuknye 880 hari sedu tanpa henti
charis sands,25,seorang pemuzik dari lincolnshire,england
mengadu menderita kerana mengalami keadaan aneh apabila dirinya asyik tersedu tanpa henti selama lebih 880 hari.cerita sands,pertama kali die mula sedu pada bulan september 2006
tetapi tidak lama selepas itu,sedunya terhenti.peliknya kondisi anomali ini menyerangnya semula pada bulan februari 2007.
sejak itu,dia menghadapi kesukaran untuk bernafas,makan dan tidur dengan nyenyakkerana diserang sedu sepanjang masa walaupun ketika sedang lena.pelbagai usaha telah dilakukan seperti melakukan yoga dan menahan nafas ketika minum,namun semua tidak berhasil.
sekumpulan pakar dari nottingham queen medical centre yang melakukan ujian kesihatan keatas sands juga bingung kerana masih belum berjaya menemui punca kepada penyakitnya itu.
di Anthon,lowa,Amerika Syarikat,seorang warganya.Charles Osborne menjadi pemegang rekod dunia kerana sedu paling lama,iaitu selama 68 tahun,bermula pada tahun 1922 sehinggalah 1990
mengikut rekod yang dicatatkan,osborne akan tersedu pada kekerapan 40 kali per minit.kemudian kekerapan itu semakin berkurangan kepada 20 kali per minit dan akhirnya hilang pada usia beliau 68 tahun.sepanjang tempoh itu,osborne telah mengalami sedu sebanyak 430juta kali.sehingga hari ini,belum ada lagi orang yang mampu memecahkan rekod ini

Sabtu, 29 Ogos 2009

kisah pada 2minggu lepas n peringatan tok semua umat islam

salam~​.​.​.​bcernie.​ Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orangterdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3minit, mungkin ini tanda2nya.> kpd semua yg bergelar muslim,harinie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjilspt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinanbesar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.olehitu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umatISLAM yg lain. Amanah!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgnskip utk bace ni. Sebarkan kalu sayang pada islam.> BAHAYANYAKARTUN POKEMONPOKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya. POKEMONbermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi.CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemahnauzubilla..​.​.​​.​​.​​h)​​.​​> jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua.>sumer org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id diemacam ni: anamuslim_​.​.​​.​.​.​​.​​.​​.​​cute_​​ 97@yahoo. com die cuba nakmurtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer orgIslam!!!(kalau rase sayang ngan org Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, xpayah forward!!!) jngan smbong n bongkak..skrng korng gembra larh.tnggu balasan dkat kubur.> -Protect Our Population Of Islam

Jumaat, 28 Ogos 2009

ramadan yang mulia

pada bulan ramadhan ni aku nak mohon ampun dan maaf
pada semua yang sudah aku sakiti
harap kesalahan aku dapat diampunkan oleh semua yang mengenali diri ini